Tuesday 22 November 2016

PENGALAMAN MISI MENJEJAK POKOK TIGA BERADIK


Hutan Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkeluasan 1,061 hektar dan berusia ribuan tahun menjadi salah satu tarikan utama sempena Tahun Melawat UUM 2016 atau Discover UUM. Di hutan tersebut terdapat lebih 3,000 pokok gaharu, beberapa spesies pokok karas serta pokok ratusan tahun yang dikenali sebagai 'pohon tiga beradik' dengan saiz 10 pemeluk, terdapat di hutan tersebut. 

Semasa saya menduduki semester kedua, saya menyertai satu program dibawah Kelab Kaunseling iaitu program Misi Menjejak Pokok Tiga Beradik. Pada pagi tersebut, tepat jam 7.30 pagi, kami berkumpul di Pusat Kaunseling UUM untuk mengambil kedatangan dan sarapan pagi. Setelah selesai semua pendaftaran dan sarapan [agi kami melakukan senaman ringan untuk membuat persediaan menaiki hutan sintok tersebut. Setelah selesai semuanya, kami memulakan misi tersebut dengan berjalan menuju ke hutan sintok. Kami memulakan misi tersebut dengan memulakan perjalanan dari pusat kaunseling kemudian ke DKG 5 seterusnya ke bangunan SMMTC untuk mendaki hutan sintok tersebut.

a)      Papan tanda yang menunjukkan pokok tiga beradik

Setelah naik tangga dari bangunan SMMTC. Kami berhenti berehat di pondok bas laluan D selama 5 minit. Kemudian kami teruskan misi kami dengan mendaki jalan berbukit seberang jalan dengan pondok bas tersebut. Di simpang jalan tersebut terdapat papan tanda yang menunjukkan pokok tiga beradik tersebut. Setelah mendaki jalan tersebut, terdapat persimpangan diatas tersebut, kami harus membelok disebelah kanan untuk masuk kedalam hutan dam menjejak pokok tiga beradik tersebut. Di persimpangan tersebut, kami berhenti berehat dan menunggu sekumpulan pelajar yang ketinggalan.

b)      Gambar menunjukkan kami berhenti berehat di persimpangan itu.

Setelah sekumpulan pelajar itu tiba, kami meneruskan perjalanan dan menjumpai pintu pagar berwarna hijau yang menunjukkan tanda arah untuk menuju ke kawasan pokok tiga beradik tersebut.


c)      Pintu pagar untuk memasuki hutan sintok

Setelah Berjaya memasuki pintu pagar tersebut, kami berjalan ke hadapan tersebut dan terdapat dataran kecil yang menunjukkan terdapat pokok tiga beradik. Kami mula memasuki hutan dengan verlandaskan jalan kecil yang menunjukkan jalan untuk menuju ke pokok tiga beradik.


d)      Gambar menunjukkan jalan kecil menuju ke pokok tiga beradik.

Setelah berjalan mengikut jalan tersebut, tidak lama kemudian kami mendapati terdapat pokok besar di hadapan itu. Kami berasa teruja bila terjumpa pokok tiga berdaik tersebut kerana kami tidak pernah lihat pokok sebesar itu.  


e)Pokok tiga beradik yang berada berdekatan


f)       Pokok tiga beradik yang berada di kawasan yang sama tetapi berada diatas

Tamat lah sudah misi menjejak tiga beradik tersebut. Setelah selesai merakam gambar dan sebagainya, kami bergerak untuk keluar dari hutan tersebut  walaupun misi ini memenatkan tetapi kami ambil menjadi pengalaman yang menyeronokkan.


g)       Gambar kenang-kenangan bersama rakan di pokok tiga beradik


No comments:

Post a Comment