PENGALAMAN MISI MENJEJAK POKOK TIGA BERADIK
Hutan
Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkeluasan 1,061 hektar dan berusia
ribuan tahun menjadi salah satu tarikan utama sempena Tahun Melawat UUM 2016
atau Discover UUM. Di hutan tersebut terdapat lebih 3,000 pokok gaharu,
beberapa spesies pokok karas serta pokok ratusan tahun yang dikenali sebagai
'pohon tiga beradik' dengan saiz 10 pemeluk, terdapat di hutan tersebut.
Semasa
saya menduduki semester kedua, saya menyertai satu program dibawah Kelab Kaunseling
iaitu program Misi Menjejak Pokok Tiga Beradik. Pada pagi tersebut, tepat jam
7.30 pagi, kami berkumpul di Pusat Kaunseling UUM untuk mengambil kedatangan
dan sarapan pagi. Setelah selesai semua pendaftaran dan sarapan [agi kami
melakukan senaman ringan untuk membuat persediaan menaiki hutan sintok
tersebut. Setelah selesai semuanya, kami memulakan misi tersebut dengan
berjalan menuju ke hutan sintok. Kami memulakan misi tersebut dengan memulakan
perjalanan dari pusat kaunseling kemudian ke DKG 5 seterusnya ke bangunan SMMTC
untuk mendaki hutan sintok tersebut.
a)
Papan tanda yang menunjukkan pokok
tiga beradik
Setelah
naik tangga dari bangunan SMMTC. Kami berhenti berehat di pondok bas laluan D
selama 5 minit. Kemudian kami teruskan misi kami dengan mendaki jalan berbukit
seberang jalan dengan pondok bas tersebut. Di simpang jalan tersebut terdapat
papan tanda yang menunjukkan pokok tiga beradik tersebut. Setelah
mendaki jalan tersebut, terdapat persimpangan diatas tersebut, kami harus
membelok disebelah kanan untuk masuk kedalam hutan dam menjejak pokok tiga
beradik tersebut. Di persimpangan tersebut, kami berhenti berehat dan menunggu
sekumpulan pelajar yang ketinggalan.
b)
Gambar menunjukkan kami berhenti
berehat di persimpangan itu.
Setelah
sekumpulan pelajar itu tiba, kami meneruskan perjalanan dan menjumpai pintu
pagar berwarna hijau yang menunjukkan tanda arah untuk menuju ke kawasan pokok
tiga beradik tersebut.
c)
Pintu pagar untuk memasuki hutan
sintok
Setelah
Berjaya memasuki pintu pagar tersebut, kami berjalan ke hadapan tersebut dan
terdapat dataran kecil yang menunjukkan terdapat pokok tiga beradik. Kami mula
memasuki hutan dengan verlandaskan jalan kecil yang menunjukkan jalan untuk
menuju ke pokok tiga beradik.
d)
Gambar menunjukkan jalan kecil
menuju ke pokok tiga beradik.
Setelah
berjalan mengikut jalan tersebut, tidak lama kemudian kami mendapati terdapat
pokok besar di hadapan itu. Kami berasa teruja bila terjumpa pokok tiga berdaik
tersebut kerana kami tidak pernah lihat pokok sebesar itu.
e)Pokok tiga beradik yang berada berdekatan
f)
Pokok tiga beradik yang berada di
kawasan yang sama tetapi berada diatas
Tamat
lah sudah misi menjejak tiga beradik tersebut. Setelah selesai merakam gambar
dan sebagainya, kami bergerak untuk keluar dari hutan tersebut walaupun misi ini memenatkan tetapi kami
ambil menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
g)
Gambar kenang-kenangan bersama
rakan di pokok tiga beradik